Pengenalan

IKHLAS EDUCATION TAKAFUL direka khusus untuk menyediakan jaminan jangka panjang demi masa depan anak anda bagi memastikan keperluan pendidikannya terjamin.

Apakah Yang Dilindungi Oleh IKHLAS Education?

IKHLAS EDUCATION merupakan pelan pendidikan khas untuk kanak-kanak berumur berumur 30 hari hingga 12 tahun.

IKHLAS EDUCATION menyediakan faedah-faedah berikut:

TEMPOH MATANG FLEKSIBEL

Anda mempunyai pilihan bagi menentukan tarikh matang Sijil, iaitu apabila anak anda mencapai umur di antara 18 hingga 23 tahun.

PENGELUARAN SEBAHAGIAN WANG TUNAI

Pengeluaran boleh dilakukan sehingga tiga kali sepanjang tempoh pegangan Sijil atau maksimum 50% (gabungan 3 pengeluaran) dari Akaun Pelaburan Peribadi, bermula dari tahun ke-enam.

MANFAAT BAGI TEMPOH MATANG

Apabila Sijil mencapai tempoh matang, anak anda akan menerima sekaligus dari pendapatan pelaburan bersih dan jumlah terkumpul dari Akaun Pelaburan Peribadi serta lebihan bersih dari Dana Risiko melalui Akaun Terkumpul Ta’awuni.

KEMATIAN

Sekiranya berlaku musibah kematian anak, anda akan memperolehi manfaat sehingga RM30,000, termasuk jumlah yang terkumpul dari Akaun Pelaburan Peribadi, pendapatan pelaburan bersih dan lebihan bersih dari Dana Risiko melalui Akaun Terkumpul Ta’awuni.

PENGECUALIAN SUMBANGAN

Sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal yang menyeluruh ke atas pembayar di dalam tempoh takaful, semua pembayaran sumbangan akan dibayar melalui dana sehingga tarikh matang.

JUMLAH SUMBANGAN

Jumlah sumbangan fleksibel.

 

Mengapa IKHLAS Education?

ANUGERAH PENCAPAIAN CEMERLANG

Anak anda akan dianugerahkan RM100 untuk setiap markah A yang dicapai di dalam semua matapelajaran UPSR (minimum 5A), PMR (minimum 7A) atau SPM/SPVM (minimum 7A).

PENAMBAHAN KADAR SUMBANGAN

Sumbangan anda boleh ditambah apabila Sijil anda mencapai tempoh minimum satu tahun. Penambahan minimum adalah RM50 dimana jumlah ini akan dimasukkan sepenuhnya ke dalam Akaun Pelaburan Peribadi anda.

PULANGAN PELABURAN YANG LEBIH BAIK

Model Takaful IKHLAS membolehkan syarikat mengoptimumkan pulangan pelaburan kepada para peserta. (Sila hubungi kami untuk keterangan selanjutnya).

 

Ringkasan Manfaat Peserta

Dengan mencarum RM 100* sebulan, anda akan mendapat manfaat-manfaat berikut :

Anugerah Kecemerlangan Akademik
Minimum UPSR=5A, PMR=7A, SPM=7A 1A = RM 100.00
 
Manfaat Pembayar
Sumbangan dikecualikan jika pembayar :  
1) Meninggal dunia  
2) Hilang Upaya Kekal Menyeluruh  
3) Ditimpa 39 penyakit Kritikal  
 
Manfaat Anak
1) Kematian / Hilang Upaya Kekal Menyeluruh RM 13,870.84
2) Kematian Kemalangan / Hilang Upaya Kekal Menyeluruh RM 23,870.84
3) Kemalangan Separa Kekal (mengikut %) RM 10,000.00
4) Dana 40 Jenis Penyakit Kritikal Tambahan RM 10,000.00
5) Manfaat Harian Hospital (mengikut jumlah hari) RM 50.00 sehari
 
Tabung Pendidikan
Tempoh Matang / Serahan RM 33,335.79
 
Pelepasan Cukai

Maksimum Sehingga

- tertakluk kepada sumbangan KWSP

RM 3,000.00
 
Beramal Jariah
Konsep Tabarru' (derma) dalam Dana Al-Ta'awuni  

*- Ilustrasi adalah berdasarkan kiraan simpanan untuk anak berumur 1 tahun, lelaki dan matang pada umur 23 tahun dengan kadar keuntungan 5.1% setahun. Umur Pembayar ialah 25 tahun, lelaki.

- Semasa penyerahan, jumlah yang terkumpul di dalam PIA / PRIA akan dibayar. Jumlah mungkin berlebihan atau berkurangan yang telah dibuat, bergantung pada prestasi pelaburan sebenar oleh pihak Syarikat

- Keuntungan pelaburan yang digambarkan di sini hanya untuk tujuan ilustrasi sahaja dan TIDAK DIJAMIN. Keuntungan pelaburan sebenar yang akan diumumkan mungkin akan berlebihan atau berkurangan, bergantung kepada keputusan pelaburan dan operasi yang dialami oleh pihak Syarikat

- Ini bukan kontrak asal polisi. Sila rujuk kepada kontrak polisi.

 

 

 

 

Contact

Kategori