Pengenalan

IKHLAS SAVINGS TAKAFUL merupakan pelan berbentuk pelaburan yang menyertakan keuntungan yang akan diagihkan kepada para peserta. Ia merupakan pelan unggul yang menyediakan dana simpanan, memberi pulangan ke atas pelaburan dan turut menawarkan perlindungan kepada peserta. Pelan ini direka untuk mengoptimumkan kadar pulangan terhadap pelaburan kepada peserta.

Apakah Yang Dilindungi Oleh IKHLAS Savings Takaful?

Pelan ini menggunakan dua (2) elemen utama yang mana kedua-duanya akan menepati dan memenuhi keperluan di bawah IKHLAS SAVINGS TAKAFUL:

•Tahap perlindungan bertempoh

• Akaun Pelaburan

IKHLAS SAVINGS TAKAFUL memberi perlindungan ke atas manfaat-manfaat berikut :

MANFAAT KEMATIAN & HILANG UPAYA KEKAL MENYELURUH

Pelan ini akan memberi perlindungan sekiranya berlaku kematian atau kehilangan upaya menyeluruh dan kekal terhadap peserta sebelum tempoh matang sijil. Jumlah perlindungan termasuk jumlah sumbangan terkumpul di dalam Akaun Pelaburan Risiko Peribadi (PRIA) akan dibayar kepada peserta, waris peserta atau keluarga terdekat.

Nota : Semua manfaat di atas adalah terkecuali untuk sebarang keadaan sebelum sijil berkuatkuasa.

MANFAAT TEMPOH MATANG

Apabila sijil mencapai tempoh matang, peserta akan menerima pembayaran sekaligus dari pendapatan pelaburan bersih dan jumlah terkumpul dari Akaun Pelaburan Risiko Peribadi (PRIA) serta lebihan dari Dana Risiko melalui Akaun Terkumpul Ta'awuni.

JUMLAH SUMBANGAN

Jumlah sumbangan adalah fleksibel bergantung kepada umur peserta dan tempoh sijil.

 

Mengapa IKHLAS Saving Takaful?

PENGELUARAN SEBAHAGIAN WANG TUNAI

Pengeluaran boleh dilakukan daripada Akaun Pelaburan Peribadi setelah sijil berkuatkuasa untuk tempoh minimum selama lima (5) tahun. Hanya tiga (3) pengeluaran sahaja dibenarkan dibuat sepanjang tempoh sijil, dengan jarak minimum di antara pengeluaran ialah dua (2) tahun. Yuran pengeluaran sebanyak RM15.00 akan dikenakan ke atas Akaun Pelaburan Peribadi bagi setiap pengeluaran.

PENAMBAHAN KADAR SUMBANGAN

Sumbangan boleh ditambah pada hari pertama sijil berkuatkuasa. Jumlah penambahan minimum adalah sebanyak RM50.00 di mana jumlah ini akan dimasukkan sepenuhnya ke dalam Akaun Pelaburan Peribadi peserta.

PILIHAN RIDER TAMBAHAN

Peserta boleh membuat pilihan untuk menambah mana-mana rider kepada sijil asas.

PULANGAN PELABURAN YANG LEBIH BAIK

Model Takaful IKHLAS membolehkan Syarikat mengoptimumkan pulangan pelaburan kepada para peserta (sila hubungi kami untuk keterangan selanjutnya).

 

Ringkasan Manfaat Peserta

Dengan mencarum RM 100* sebulan, anda akan mendapat manfaat-manfaat berikut :

Perlindungan Kewangan Keluarga
Akibat kematian & Hilang Upaya Kekal Menyeluruh RM 50,000.00
 
Penggantian Pendapatan
Akibat Hilang Upaya Kekal Menyeluruh kerana kemalangan RM 71,000.00
 
Dana Penyakit Kritikal Tambahan
40 Jenis Penyakit Kritikal RM 30,000.00
 
Pampasan Kemalangan
Keilatan Separa Kekal berdasarkan % RM 21,000.00
 
Khairat Kematian
Dana Pengurusan Jenazah RM 1,000.00
 
Manfaat Harian Hospital
Elaun mengikut jumlah hari RM 100.00 sehari
 
Tabung Simpanan
Serahan / Tempoh Matang RM 52,839.26*
 
Pelepasan Cukai

Maksimum Sehingga

- tertakluk kepada sumbangan KWSP

RM 6,000.00
 
Beramal Jariah
Konsep Tabarru' (derma) dalam Dana Al-Ta'awuni  

*- Ilustrasi adalah berdasarkan kiraan simpanan untuk anak berumur 25 tahun, lelaki dan matang pada umur 55 tahun dengan kadar keuntungan 6.% setahun.

- Semasa penyerahan, jumlah yang terkumpul di dalam PIA / PRIA akan dibayar. Jumlah mungkin berlebihan atau berkurangan yang telah dibuat, bergantung pada prestasi pelaburan sebenar oleh pihak Syarikat

- Keuntungan pelaburan yang digambarkan di sini hanya untuk tujuan ilustrasi sahaja dan TIDAK DIJAMIN. Keuntungan pelaburan sebenar yang akan diumumkan mungkin akan berlebihan atau berkurangan, bergantung kepada keputusan pelaburan dan operasi yang dialami oleh pihak Syarikat

- Ini bukan kontrak asal polisi. Sila rujuk kepada kontrak polisi.

 

 

 

Contact

Kategori