Pengenalan

Dengan sekian banyak cabaran yang dihadapi oleh kaum wanita di sepanjang kehidupan, maka adalah penting mereka dapat menanganinya dengan fikiran yang tenang. Kami di Takaful IKHLAS telah mereka IKHLAS Wanita Takaful sebagai penghargaan terhadap wanita hari ini yang moden dan dinamik.

Dalam kehidupan dunia hari ini yang sukar diduga, adalah penting untuk merancang masa depan agar ia lebih terjamin. IKHLAS Wanita Takaful telah dirangka buat wanita yang berumur di antara 16-50 tahun dengan 4 pelan berbeza agar dapat disesuaikan dengan keperluan hidup yang berbeza.

Jenis Pelan
Had Sepanjang Hayat
Kriteria
Plan A RM50,000.00 Dengan Faedah Kehamilan*
Plan B RM100,000.00 Dengan Faedah Kehamilan*
Plan C RM50,000.00 Tanpa Faedah Kehamilan*
Plan D RM100,000.00 Tanpa Faedah Kehamilan*

Apakah Manfaat Yang Ditawarkan Oleh IKHLAS Wanita Takaful?

Perlindungan terhadap Penyakit Kanser Khusus dan Penyakit Wanita yang lain

Memandangkan wanita lebih banyak menanggung komplikasi yang berbeza berbanding kaum lelaki, sebuah pakej yang menyeluruh diperlukan bagi disesuaikan dengan minat serta gaya hidup mereka. Pelan ini melindungi peserta daripada Kanser Khusus buah dada, serviks uterus, uterus, ovari, tiub fallopio, vagina dan vulva. Penyakit wanita yang lain merangkumi SLE (Systemic Lupus Erythematous) dengan Lupus Nefritis, Artritis Reumatoid (dengan komplikasi), Pembedahan Pembentukan Semula Muka (atas sebab-sebab kemalangan), Pengrafan Kulit (disebabkan lecuran & kanser kulit), Karsinoma-in-situ Wanita dan Surgeri Pembentukan Semula Buah Dada (atas sebab-sebab kemalangan).

Faedah Kematian & Hilang Upaya Kekal Menyeluruh (TPD)

Jika berlaku kematian atau TPD kepada peserta yang merangkumi terma yang terdapat dalam sijil, Jumlah Perlindungan (SC) campur amaun terkumpul dalam PIA (Akaun Pelaburan Peribadi) akan dibayar kepada peserta atau keluarga terdekat. * Jika TPD terjadi sebelum peserta mencapai umur 60 tahun, 100% daripada baki had sepanjang hayat pada waktu itu, campur amaun terkumpul dalam PIA akan dibayar kepada peserta.

*Semua faedah lain akan terhenti

Mengapa IKHLAS Wanita?

PENGELUARAN TUNAI

Pengeluaran sebahagian daripada tunai daripada PIA adalah dibenarkan selepas sijil berkuatkuasa untuk tempoh minimum lima (5) tahun. Pengeluaran yang seterusnya mestilah mempunyai jarak tempoh minimum dua (2) tahun antara pengeluaran. Hanya tiga (3) pengeluaran sahaja dibenarkan di sepanjang hayat sijil, di mana yuran urusniaga sebanyak RM15.00 akan dicaj daripada PIA untuk setiap urusniaga.

PENAMBAHAN KADAR SUMBANGAN

Sumbangan tambahan boleh dibuat pada hari yang pertama sijil berkuatkuasa. Amaun penambahan adalah tertakluk kepada minimum RM50 untuk setiap penambahan. Amaun penambahan ini akan diperuntukkan sepenuhnya ke Akaun Pelaburan Peribadi.

FAEDAH HAYAT

Suatu peratusan daripada had sepanjang hayat awal akan dibayar kepada peserta, jika berlakunya perkahwinan, kelahiran anak, dibuang kerja serta kematian suami, tertakluk kepada jumlah dua (2) peristiwa sepanjang hayat setiap sijil.

FAEDAH KEHAMILAN*

Dengan Faedah Kehamilan, suatu peratusan daripada had sepanjang hayat (tertakluk kepada satu (1) tahun tempoh menunggu) akan dibayar jika peserta mengalami apa-apa komplikasi kehamilan dan/atau anak peserta mengalami apa-apa penyakit kongental bayi.

* dengan pelan A dan B sahaja.

HAD UMUR DAN PENYERTAAN

Umur Penyertaan : 16 tahun -50 tahun, umur pada hari jadi berikutnya, wanita.

Had penyertaan : Pelan A & C RM50,000.00 Had Sepanjang Hayat Pelan B & D RM100,000.00 Had Sepanjang Hayat.

Umur Tamat Tempoh Penyertaan : Apabila peserta mencapai umur 65 tahun, pada hari jadi berikut. Syarat Perlindungan : 15 49 tahun.

 

Ringkasan Manfaat Peserta (Pelan Perlindungan dan Pelaburan)

Dengan mencarum RM 200* sebulan, anda akan mendapat manfaat-manfaat berikut :

Kanser Wanita
i. Kanser Payu Dara RM 50,000.00
ii. Servik Uteri RM 50,000.00
iii. Tiub Fallopio RM 50,000.00
iv. Ovari RM 50,000.00
v. Uterus RM 50,000.00
vi. Vagina / Vulva RM 50,000.00
 

Systemetic Lupus Erythematosus Bersama Luppus Nephritis

RM 50,000.00
Rheumatoid Arthritis Dengan Komplikasi RM 50,000.00
Karsinoma In-Situ Payu Dara atau Servik Uteri RM 15,000.00
Pembedahan Rekonstruktif Muka Akibat Kemalangan Bayaran balik sehingga 100% (mengikut bil)
Pemindahan Kulit Akibat Luka Terbakar Bayaran balik sehingga 100% (mengikut bil)
Pemindahan Kulit Akibat Kanser Bayaran balik sehingga 100% (mengikut bil)
Pembedahan Rekonstruktif Payu Dara Akibat Kemalangan Bayaran balik sehingga 100% (mengikut bil)
 
Komplikasi Kehamilan
i. Penyebaran Pengumpulan Intravascular RM 15,000.00
ii. Kehamilan Ektopik RM 15,000.00
iii. Mol Hydatidiform RM 15,000.00
iv. Lahir Mati RM 15,000.00
v. Kematian Neonatal RM 15,000.00
 
Penyakit Kongenital Bayi
i. Kecatatan Venticular Septal RM 15,000.00
ii. Kecatatan Atrial Septal RM 15,000.00
iii. Sindrom Down RM 15,000.00
iv. Spina Bifida RM 15,000.00
v. Tetralogi Fallot RM 15,000.00
vi. Transposisi Pembuluh Utama RM 15,000.00
 
Ciri-Ciri Tambahan
i. Manfaat Perkahwinan Pertama RM 1,500.00
ii. Manfaat Kelahiran Anak RM 1,500.00
iii. Manfaat Kematian Pasangan RM 1,500.00
iv. Manfaat Pemberhentian Kerja Tanpa Rela RM 1,500.00
 
Lain-Lain Perlindungan ( Tempoh 20 Tahun)
i. Dana 40 Jenis Penyakit Kritikal RM 15,000.00
ii. Elaun Harian Hospital RM 130.00 (sehari)
iii. Pampasan Kemalangan (Keilatan Separa Kekal Berdasarkan %) RM 20,000.00

iv. Perlindungan Kewangan Keluarga

- Akibat Kematian Biasa

- Akibat Kematian Kemalangan

 

RM 50,000.00

RM 70,000.00

v. Penggantian Pendapatan

- Akibat Hilang Upaya Kekal Menyeluruh Kerana Penyakit

- Akibat Hilang Upaya Kekal Menyeluruh Kerana Kemalangan

 

RM 65,000.00

 

RM 85,000.00

vi. Khairat Kematian RM 4,000.00
vii. Pengecualian Sumbangan (Ditimpa 40 jenis Penyakit Kritikal)  
viii. Pelepasan Cukai Maksimum Sehingga RM 6,000.00
 
Tabungan / Simpanan RM 96,789.00
 
Beramal Jariah
Konsep Tabarru' (derma) dalam Dana Al-Ta'awuni  

*- Ilustrasi adalah berdasarkan kiraan simpanan untuk peserta berumur 30 tahun matang pada umur 65 tahun dengan kadar keuntungan 6.% setahun.

- Ini bukan kontrak asal polisi. Sila rujuk kepada kontrak polisi.

 

Contact

Kategori